Cari @ Amanz

Spesifikasi Huawei Honor 5C Tertiris – Kerangka Logam Dan Pemproses Kirin 650

Link Copied!

Huawei Honor 5X dilancarkan di Malaysia Januari lalu dan ia antara peranti kelas pertengahan yang mendapat sambutan menggalakkan. Sekiranya harga jualan RM 899 masih lagi diluar kemampuan anda, Huawei nampaknya akan melancarkan sebuah lagi peranti yang mungkin mampu anda miliki. Spesifikasi Honor 5C tertiris dan ia mempunyai skrin sebesar 5.2″, pemproses HiSilicon Kirin 650, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte.

Huawei Honor 5C 1Terdapat sebuah lagi iterasi 5C dengan RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 32 Gigabyte. Kamera utama ialah sebesar 13 Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 8 Megapixel. Saiz bateri yang digunakan pula ialah 2900 mAh. Dari segi perisian pula 5C dijangka menggunakan Android Marshmallow dengan pelancar EMUI. Seperti 5X, 5C turut mempunyai pengimbas cap jari pada panel belakang, Harga jualan pastinya lebih rendah berbanding 5X kerana saiz skrin yang lebih kecil dan pemproses yang sedikit kurang berkuasa. Ia akan dilancarkan di China pada penghujung bulan ini.


Komen ()