Penggodam Profesional Dan Bukannya Cellebrite Yang Berjaya Menyahsulit iPhone 5C

Penggodam Profesional Dan Bukannya Cellebrite Yang Berjaya Menyahsulit iPhone 5C

Diterbitkan pada Apr 15, 2016 oleh .

Lembu punya susu sapi dapat nama ialah pepatah Melayu lama yang kami yakin anda pernah dengari. Pepatah lebih selari dengan masa mungkin penggodam punya kerja Cellebrite dapat nama. Laporan terkini dari Washington Post mendedahkan penggodam “Topi Kelabu” dibayar oleh FBI untuk mengakses data yang tersimpan di dalan iPhone 5C milik penyerang San Bernardino.

Penggodam “Topi Kelabu” ialah terma yang diberikan kepada penggodam yang menjual pengetahuan mereka kepada pihak berwajib. Ini berbeza dengan Topi Putih yang melakukannya untuk kebaikan dan Topi Hitam untuk melakukan jenayah.

iPhone 5CPenggodam yang identitinya dirahsiakan ini mengakses data dengan dua langkah. Langkah pertama menulis perisian yang menyahaktifkan program yang akan memadam data tersimpan sekiranya kod pin yang salah dimasukkan beberapa kali. Selepas ini beliau memanipulasi kerentanan yang wujud pada iOS untuk mengakses data yang tersimpan. Pihak FBI masih enggan berkongsi bagaimanakah ini dapat dilakukan dengan pihak Apple.

Pada waktu yang sama pihak Cellebrite pula dikatakan sudah semakin hampir menyahsulit iPhone 6. Di akhir hari sistem menyahsulit Apple direka oleh manusia dan pasti ada cara melepasinya akan ditemui oleh mereka yang cukup bijak. Sekiranya anda tahu teknik mengatasi sistem penyulitan sesebuah sistem, adakah anda akan menjualnya kepada pihak berkuasa?


TIPS & ULASAN