Haram Mencuri WiFi Milik Jiran Menurut Fatwa Jabatan Ugama Islam Dubai

Haram Mencuri WiFi Milik Jiran Menurut Fatwa Jabatan Ugama Islam Dubai

Diterbitkan pada Apr 15, 2016 oleh .

Di Malaysia Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan vape adalah haram bagi orang beragama Islam. Mereka juga pernah memfatwakan Yoga turut haram. Fatwa-fatwa moden ini dikeluarkan bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan ummah. Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai mengeluarkan sebuah fatwa moden yang pastinya menempelak ramai umat Islam yang melakukan perkara keji ini.

Menurut fatwa ini, menggunakan WiFi milik jiran tanpa meminta kebenaran adalah haram dan berdosa. Hukum melakukannya adalah sama seperti mencuri harta jiran. Jadi sekiranya anda antara manusia yang mengaku seorang muslim, janganlah mencuri WiFi jiran anda kerana ianya perbuatan yang berdosa. Di Malaysia fatwa seperti ini rasanya tidak perlu dikeluarkan kerana jika menggunakan akal anda pastinya tahu bahawa mencuri WiFi itu perbuatan yang menjengkelkan.


TIPS & ULASAN