Cari @ Amanz

Instagram memperkenalkan fungsi saluran video pada tab Explore aplikasi mereka. Ini bagi memudahkan pengguna mencari kandungan video yang dimuat naik oleh pengguna lain. Sebelum ini kandungan gambar dan video muncul pada tab yang sama dan ini menyukarkan mereka yang hanya mahu mencari video. Di dalam tab ini Instagram akan memberikan cadangan video apakah yang mungkin anda mahu tonton menerusi fungsi “Videos that you may like”.

Video Channel Instagram 1Terdapat juga fungsi Featured yang hanya memaparkan video topik tertentu berdasarkan hashtag yang diletakkan. Sebagai contoh Featured akan memaparkan video yang diambil ketika Anugerah Meletop sahaja di dalam tab ini. Sekiranya video yang dicadangkan tidak menarik minat anda, anda boleh menekan butang “See Fewer Posts Like This”. Fungsi saluran video ini hanya boleh diakses oleh pengguna di Amerika Syarikat yang menggunakan peranti iOS buat masa ini. Ia akan diaktifkan secara berperingkat kepada pengguna benua lain dalam masa terdekat. Kami ada menerima fungsi ini minggu lalu tetapi ia hanya aktif selama dua hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd