Nyah-Pasang Pemain Video QuickTime Pada Windows Hari Ini

Nyah-Pasang Pemain Video QuickTime Pada Windows Hari Ini

Diterbitkan pada Apr 15, 2016 oleh .

QuickTime merupakan salah satu pemain video daripada Apple, yang ditawarkan bukan sahaja untuk OS X, tetapi juga untuk pengguna Windows. Walaubagaimanapun, Apple dilihat telah menamatkan sokongan untuk QuickTime dan tidak lagi akan mengeluarkan sebarang kemaskini untuknya selepas ini.

QuickTimeHal ini hadir daripada kemaskini yang dikeluarkan oleh pihak Trend Micro dan juga kerajaan Amerika Syarikat.

Kedua-dua pihak meminta pengguna nyah-pasang QuickTime untuk Windows memandangkan ia mempunyai masalah sekuriti yang sangat serius. Memandangkan Apple tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kemaskini, kerajaan Amerika Syarikat meminta pengguna untuk membuangnya daripada komputer masing-masing.

Melalui masalah sekuriti yang ditemui, ia membolehkan pengodam untuk mengakses komputer pengguna dengan membuat pengguna memuat-turun sesuatu fail ke komputer mereka.

Jadi, jika anda menggunakan QuickTime pada Windows, mungkin anda sudah boleh membuangnya daripada komputer anda hari ini.


TIPS & ULASAN