Razer Man O’War Dilancarkan – Fon Kepala Tanpa Wayar Dengan Sokongan Audio 7.1
Artikel Berkaitan

Razer Man O’War Dilancarkan – Fon Kepala Tanpa Wayar Dengan Sokongan Audio 7.1

Diterbitkan pada Apr 15, 2016 oleh .

Penggunaan fon kepala dalam permainan video adalah penting sekiranya anda tidak mahu diganggu. Di rumah kami menggunakan fon kepala kerana tidak mahu mengganggu anak isteri yang tidur ketika sesi permainan video di waktu malam. Razer hari ini melancarkan Man O’War, fon kepala tanpa wayar mereka yang terkini dengan sokongan audio 7.1. Fon kepala ini mampu berfungsi sehingga jarak maksimum 12 meter.

Sekiranya ini masih lagi belum cukup jauh, sebuah dok khas boleh dibeli yang meningkatkan jarak penggunaan sehingga 14 meter. Dengan menggunakan teknologi baru, Razer mendakwa fon kepala ini memastikan kualiti audio akan sentiasa baik tanpa sebarang gangguan seperti fon kepada tanpa wayar keluaran syarikat lain.

Razer-Man-O'War-2Dua pembesar suara 50 mm Neodymium digunakan bagi memberikan kualiti audio terbaik. Sebuah mic terbina diletakkan pada pembesar suara sebelah kiri dan ini boleh disimpan apabila tidak diperlukan. Tombol kawalan suara terdapat pada kedua-dua belah fon telinga bagi memudahkan proses melaraskan kekuatan audio. Kerana ianya produk keluaran Razer, ia turut menyokong sistem lampu Chroma yang terletak pada bahagian tepi setiap fon kepala. Setiap Razer Man O’War mampu berfungsi selama 16 jam sebelum perlu dicas. Ia akan dijual pada 17 April ini di Amerika Syarikat pada harga $179 (~RM 699) sepasang.


TIPS & ULASAN