Cari @ Amanz

Perang pakej telekomunikasi nampaknya berterusan. Hari ini, selain daripada Celcom yang memperkenalkan Celcom First Platinum, pihak Digi turut mencuri perhatian pengguna dengan memperkenalkan pakej baru yang dikemaskini daripada mereka, iaitu pelan Digi Postpaid 80.

Digi Postpaid 80

Digi Postpaid 80 ini menawarkan data sebanyak 10GB – dan seperti Celcom, Digi menawarkan data sebanyak 7GB untuk digunakan setiap hari, serta 3GB untuk digunakan pada penghujung minggu.

Pelan ini turut menawarkan panggilan tanpa had untuk semua rangkaian, dan SMS tanpa had untuk 3 nombor Digi yang ditetapkan anda. Digi turut membenarkan pengguna untuk membawa internet tidak terpakai sehingga 2GB ke bulan seterusnya.

Melengkapkan pelan ini adalah penawaran iFlix selama 12 bulan, dan juga akses kepada Digi Music Freedom.

Digi Postpaid 80

Anda yang berminat, boleh mendaftarkan diri untuk pelan baru Digi ini melalui laman rasmi mereka bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd