Apple Dilaporkan Akan Membawa Penambah-Baikkan Pada App Store – Mungkin Menyertakan Iklan

Apple Dilaporkan Akan Membawa Penambah-Baikkan Pada App Store – Mungkin Menyertakan Iklan

Diterbitkan pada Apr 15, 2016 oleh .

Apple App Store merupakan kedai aplikasi yang digunakan oleh pengguna iOS untuk mendapatkan pelbagai kandungan digital – terutamanya dalam memuat-turun aplikasi dan permainan melaluinya. App Store telah beroperasi untuk sekian lama, namun salah satu perkara yang boleh dikatakan adalah pengalaman carian untuk menemui aplikasi di App Store tidak begitu baik sehingga kini.

Terkini, ia dilaporkan Apple mempunyai sejumlah ahli dibawah sebuah pasukan yang sedang membangunkan beberapa perkara dalam usaha menambah-baik pengalaman penggunaan kedai aplikasi mereka.

Pada masa yang sama, Apple juga dikatakan mungkin menyertakan sokongan iklan pada App Store, untuk membolehkan penerbit kandungan untuk mempromosikan aplikasi mereka kepada pengguna. Google sebelum ini telah mengimplementasikan kaedah sama pada Google Play Store sebelum ini.

Ia tidak lagi diketahui bilakah Apple akan memperkenalkan perubahan pada kedai aplikasi mereka itu. Tidak mustahil untuk kita mendengar lanjut mengenainya pada acara WWDC pertengahan tahun kelak.


TIPS & ULASAN