Cari @ Amanz

Pelbagai pengeluar telah hadir dengan headset realiti-maya mereka tersendiri, dan kini nampaknya pengeluar China popular, Huawei turut tidak ketinggalan. Terkini, Huawei turut memperkenalkan headset mereka tersendiri, dinamakan sebagai Huawei VR.

Huawei VR

Huawei VR membawakan rekaan yang lebih kurang seperti Samsung Gear VR, dan pada masa yang sama beroperasi dengan memerlukan pengguna menyertakan telefon pintar Huawei P9 atau Huawei P9 Plus didalamnya.

Seperti set realiti-maya lain, Huawei VR turut menyertakan touchpad tersendiri yang diletakkan pada bahagian kanan.

Huawei VR

Bercakap mengenai realiti-maya, semestinya apa yang menjadi fokus utama adalah kandungan. Huawei VR dikatakan akan menawarkan lebih kurang 4000 filem, selain 40 permainan percuma, 350 gambar panorama, dan 150 lawatan maya. Ia tidak sepenuhnya sama ada kandungan ini akan menawarkan pengalaman realiti-maya sepenuhnya – terutamanya filem yang ditawarkan untuk Huawei VR.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diumumkan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd