Cari @ Amanz

Microsoft hari ini memulakan ujian untuk menggunakan fungsi panggilan video Skype terus pada pelayar web tanpa memerlukan sebarang pemalam tambahan untuk dipasang. Buat masa ini, fungsi ini terhad kepada pengguna pelayar web Microsoft Edge sahaja.

Skype Web

Microsoft mengatakan pengenalan fungsi ini adalah sebahagian daripada usaha mereka membawa Skype ke pelbagai platform dan peranti yang digunakan pengguna.

Untuk menjayakannya, Microsoft menggunakan enjin ORTC yang hadir terbina pada Microsoft Edge, sekaligus membolehkan pengguna menggunakan Skype pada web tanpa memerlukan sebarang pemalam untuk dipasang.

Microsoft turut mengatakan mereka akan membawa fungsi sama ke Chrome dan Firefox tidak lama lagi. Bagi anda yang menggunakan Windows 10, anda boleh mencuba fungsi Skype pada web hari ini melalui pelayar web Microsoft Edge.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd