Windows 10 Mobile Edisi 64 Bit Akan Hadir Dalam Masa Terdekat

Windows 10 Mobile Edisi 64 Bit Akan Hadir Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan pada Apr 16, 2016 oleh .

Kemaskini Windows 10 Mobile mula diterima oleh majoriti peranti Windows Phone 8.1 bulan lalu. Sistem operasi Windows 10 Mobile yang digunakan sekarang adalah versi 32 bit dan ini menyebabkan potensi penuh pemproses yang menyokong sistem 64 bit tidak digunakan sepenuhnya. Sokongan sistem 64 bit akan hadir dalam masa terdekat menurut Dave Cultler, felo teknikal kanan di Microsoft. Pemproses Snapdragon 808 dan 810 yang digunakan pada Lumia 950 dan 950 XL adalah antara pemproses yang menyokong sistem operasi 64 bit.

Lumia 950Apakah kelebihan sistem 64 bit berbanding 32 bit? Pertama sekali ia memberikan sokongan RAM yang melangkaui had 4 Gigabyte yang digunakan sekarang. Sistem pemprosesan selari akan dapat dipertingkatkan, sistem keselamatan yang lebih terperinci boleh diperkenalkan dan menjadikan peranti berfungsi dengan lebih pantas.

Bilakah tarikh muktamad ia akan dihasilkan masih lagi belum diketahui tetapi ura-ura mengatakan ia akan dihasilkan khusus untuk Surface Phone yang amat dinantikan. Mungkin dengan peranti ini akhirnya visi Microsoft untuk menghasilkan sebuah telefon pintar yang benar-benar universal akhirnya akan menjadi realiti.


TIPS & ULASAN