Harga Jualan Oppo F1 Dikurangkan Ke RM 1089 Sebuah

Harga Jualan Oppo F1 Dikurangkan Ke RM 1089 Sebuah

Diterbitkan pada Apr 16, 2016 oleh .

Oppo F1 Plus memasuki pasaran tempatan dua minggu yang lalu. Ia adalah peranti yang mengutamakan kemampuan selfie yang tinggi dan dilengkapi kamera hadapan sebesar 16 Megapixel. Ini bermakna kamera hadapan F1 Plus lebih besar berbanding kamera belakang yang hanya sebesar 13 Megapixel. Dengan pelancaran F1 Plus, Oppo Malaysia melakukan kemas kini ke atas harga jualan Oppo F1 asal. Harga jualan dikurangkan dari RM 1198 ke RM 1089 bermula minggu ini.

Oppo F1 IMG_20160303_120045Oppo F1 ialah peranti 5.2″ 720P yang diperkasakan pemproses Snapdragon 615, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Giogabyte. Kemampuan optik ialah kamera belakang 13 Megapixel dan kamera hadapan 8 Megapixel. Bateri sebesar 2500 mAh disertakan tetapi tidak seperti F1 Plus, tidak mempunyai sokongan VOOC. Untuk ulasan Oppo F1 sila pergi ke pautan di bawah

Ulasan peranti Ulasan Oppo F1 – Kemampuan Kamera Yang Baik Untuk Peranti Kelas Pertengahan


TIPS & ULASAN