OpenSignal : Maxis Mengetuai Dalam Liputan Mudah-Alih Di Malaysia

OpenSignal : Maxis Mengetuai Dalam Liputan Mudah-Alih Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 17, 2016 oleh .

OpenSignal merupakan salah satu sumber yang membuat kajian mengenai prestasi perkhidmatan mudah-alih di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Mereka melaksanakanya dengan membuat pemantauan melalui aplikasi mudah-alih mereka dan memaparkan data yang dikumpulkan dalam bentuk graf yang kemas.

Untuk tahun 2016 ini, mereka telah membuat kajian dan mengumpulkan data daripada 21,000 penguna tempatan untuk memperlihatkan bagaimanakah prestasi rangkaian mudah-alih di Malaysia.

Daripada hasil pengumpulan data selama tiga bulan, OpenSignal mendapati Maxis mempunyai rangkaian 4G LTE yang meluas di Malaysia jikalau dibandingkan dengan pesaing lain seperti Celcom dan Digi. Dari segi statistik, penawaran kadar muat-turun 4G adalah lebih kurang sama antara Maxis, Digi, dan U Mobile – sementara Celcom agak dibelakang sedikit.

OpenSignal Mac 2016

Secara keseluruhan, OpenSignal mengatakan penawaran rangkaian dan infrastruktur di Malaysia tidak jauh beza dengan penyedia lain di seluruh dunia. Secara purata, kadar muat-turun dibawah 4G adalah sekitar 13.8Mbps untuk U Mobile, Maxis pada 13Mbps dan Digi pada 12.4Mbps. Dari segi rangkaian 3G, U Mobile menewaskan pelbagai penyedia lain dengan penawaran kadar muat-turun sehingga 3.3Mbps.

OpenSignal Mac 2016

OpenSignal Mac 2016

Namun, selepas dibandingkan dengan liputan 3G dan 4G, Maxis dilihat memenangi pesaing yang lain, dan dengan liputan 4G yang meluas, pelanggan Maxis dilihat mempunyai kadar muat-turun purata sekitar 5.2Mbps.

OpenSignal turut menekankan yang mana Maxis, Digi dan U Mobile mempunyai kadar latency yang rendah, sementara Celcom agak ketinggalan sedikit dibelakang.

OpenSignal turut mengatakan Digi dan Maxis sedang memperkenalkan rangkaian LTE menggunakan spektrum 2G mereka yang akan menawarkan kadar muat-turun yang lebih pantas.

OpenSignal turut menekankan yang mana tidak mustahil rangkaian mudah-alih di Malaysia mengatasi kadar purata dunia dengan perkembangan sihat dan implementasi teknologi baru oleh syarikat telekomunikasi tempatan.


TIPS & ULASAN