Xiaomi Dikatakan Sedang Membangunkan Peranti Phablet 6.4-inci Xiaomi Max

Xiaomi Dikatakan Sedang Membangunkan Peranti Phablet 6.4-inci Xiaomi Max

Diterbitkan pada Apr 17, 2016 oleh .

Xiaomi pada tahun lepas telah memperkenalkan phablet pertama mereka berspesifikasi tinggi, dinamakan sebagai Mi Note. Kini, mengikut desas-desus baru, Xiaomi dikatakan sedang dalam proses membangunkan peranti yang bersaiz lebih besar daripada Mi Note, iaitu Mi Max.

Tiada info lanjut mengenai peranti ini yang diketahui buat masa ini. Mengikut desas-desus, ia dikatakan akan hadir dengan spesifikasi tinggi – berkemungkin menggunakan Snapdragon 820 seperti pada Mi 5, disamping menggunakan skrin pada resolusi 2K.

Daripada gambar panel hadapan yang tertiris ke arena web, ia dilihat Xiaomi Max tidak akan menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian skrin hadapan, dan ia akan menggunakan butang kapasitif pada panel seperti pada Xiaomi Mi Note sebelum ini.

Buat masa ini, Xiaomi baru sahaja melancarkan Xiaomi Mi 5, dan mungkin ia mengambil sedikit masa sebelum mereka memperkenalkan penawaran peranti baru mereka yang lain.


TIPS & ULASAN