GoPro pada tahun ini ingin memudahkan para pengguna untuk membuat penyuntingan video terus pada peranti mudah-alih dan berkongsi video dari GoPro dengan pantas. untuknya, mereka telah mengambil-alih aplikasi Replay yang memudahkan salah satu proses berkenaan.
Kini, variasi aplikai Replay untuk Android diperkenalkan dibawah nama GoPro Quik.
Menggunakan GoPro Quik, pengguna hanya perlu memilih video-video yang telah dirakamkan, bersama-sama dengan pelbagai gambar untuk disatukan menjadikan tema. Pengguna turut boleh memilih lagu dan juga tema jenis video, dan penyunting video ini akan terus menghasilkannya dengan automatik.
Buat masa ini, aplikasi GoPro Quik ini masih sedang diuji pada peringkat beta dan masih belum diterbitkan untuk pengguna umum. Tetapi, jika anda berminat anda boleh memuat-turun fail APK.