Carian
iPad Pro Dengan Aksesori Rekaan Khas Sir Jony Ive Dilelong Untuk Kutipan Amal
April 18, 2016 Effi Saharudin

Banyak peranti edisi khas dihasilkan bagi memberikan sentuhan eksklusif. Sebagai contoh Samsung menghasilkan Galaxy S6 Edge edisi khas Iron Man tahun lalu dalam jumlah yang amat terhad. Terdapat juga iPhone edisi emas yang mensasarkan golongan elit dengan harga jualan melebihi empat angka. Apple kini menghasilkan iPad Pro edisi khas yang direka oleh Sir Jony Ive. Ia dihasilkan untuk lelongan amal Muzium Rekaan London.

Sir Jony Ive Ipad Pro KhasiPad Pro edisi khas ini mempunyai kemasan berwarna kuning dengan smart cover berwarna biru. Apple Pencil yang disertakan pula mempunyai tempat simpanan khas berwarna oren. Harga lelongan dijangka mencecah $20000 (~RM 78900). Upacara lelongan akan dilakukan pada 28 April akan datang. Ini bukan kali pertama peranti edisi khas oleh Sir Jony Ives dihasilkan. Sebelum ini sebuah Apple MacPro berwarna merah berjaya mencecah harga lelongan $977 ribu pada tahun 2013.

Komen