DJI Matrice 600 Dilancarkan – Dron Untuk Kegunaan Perfileman Profesional

DJI Matrice 600 Dilancarkan – Dron Untuk Kegunaan Perfileman Profesional

Diterbitkan pada Apr 18, 2016 oleh .

Memang tidak dapat disangkal lagi DJI ialah Apple di dalam dunia dron untuk kegunaan orang ramai. Dron rekaan mereka adalah sangat baik ia turut diubah suai oleh tentera pemberontak di kawasan konflik dunia seperti di Ukraine. Minggu lalu mereka melancarkan DJI Phantom 4 di Malaysia untuk kegunaan peminat videografi tempatan. Hari ini mereka melancarkan DJI Matrice 600, dron yang direka khas untuk kegunaan perfileman profesional.

DJI Matrice 600Dron enam kipas ini mampu membawa beban sehingga 6 Kilogram selama 15 minit tanpa henti. Ini membolehkan kamera profesional seperti RED Camera dan DSLR diangkut tanpa masalah. Sistem Light Bridge 2 pula membolehkan penstriman video 1080P 60FPS sehingga jarak maksimum 7 kilometer. Sistem penstabilan tiga arah Ronin pula memastikan video dapat dirakam dengan stabil tanpa sebarang gegaran. Harga jualan dron ini ialah $ 4919 (~RM 19399) sebuah.


TIPS & ULASAN