Hyperchair – Kerusi Pintar Yang Mengawal Suhu Badan Pengguna

Hyperchair – Kerusi Pintar Yang Mengawal Suhu Badan Pengguna

Diterbitkan pada Apr 18, 2016 oleh .

Di pejabat suhu pendingin hawa adalah terlalu sejuk sehingga kami terpaksa memakai jaket. Kepada yang duduk lebih jauh dari pendingin hawa, situasi berbeza pula dirasai. Tetapan pendingin hawa paling ideal masih belum ditemui dan pekerja perlu redha dengan suhu di pejabat. Hyperchair ialah kerusi pintar yang cuba menyelesaikan masalah ini. Kerusi pintar ini mempunyai sistem pemanas dan penyejuk terbina yang mengekalkan suhu individu yang duduk di atasnya.

Hyperchair 2Terdapat elemen pemanas yang disulam terus pada permukaan tempat duduk dan menyandar kerusi ini. Pada waktu yang sama sistem kipas penyejuk turut disertakan. Pengguna yang perlu menetapkan suhu yang mereka inginkan menggunakan aplikasi peranti pintar yang disediakan. Mereka kemudian boleh bekerja sepanjang hari dengan aman dan selesa. Setiap kerusi Hyperchair dijual pada harga sekitar $1500 sebuah. Harga yang agak mahal untuk sebuah kerusi pejabat. Sekiranya anda marhaen seperti kami, pakailah jaket ke pejabat. Ia masih lebih murah dari sebuah kerusi pintar.


TIPS & ULASAN