Cari @ Amanz

Huawei telah pun memperkenalkan Huawei P9 baru-baru ini, iaitu telefon flagship mereka untuk tahun 2016 ini. Disamping itu, seperti sebelum ini, Huawei turut dilihat sedang menyiapkan satu lagi variasi peranti dibawah keluarga P9, iaitu Huawei P9 Max.

Daripada apa yang tertiris melalui laman penanda aras, ia dilihat Huawei sedang membangunkan sebuah peranti baru dengan skrin bersaiz 6.9-inci, dan dijana menggunakan cip Kirin 950. Info dari laman penanda aras juga turut memperlihatkan ia akan menyertakan kamera belakang 16-megapixel, memori 3GB RAM, dan ruangan storan terbina sehingga 32GB.

Peranti bersaiz besar mempunyai permintaan tinggi di rantau Asia, memandangkan ramai yang mendapatkan telefon pintar sebagai komputer pertama mereka. Namun, dengan skrin telefon yang semakin bersaiz besar, ia menjadi semakin sukar untuk membezakan ia adalah daripada keluarga telefon ataupun tablet.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Huawei akan memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd