GrabCar Kini Menawarkan Tambang Yang Lebih Murah Untuk Perjalanan Dekat

GrabCar Kini Menawarkan Tambang Yang Lebih Murah Untuk Perjalanan Dekat

Diterbitkan pada Apr 18, 2016 oleh .

MyTeksi telah menjenamakan semula perkhidmatan mereka kepada Grab sebelum ini, dan baru-baru ini mereka telah menyediakan promosi pengangkutan menggunakan Grab serendah RM1.

Kini, daripada sambutan yang amat mengalakkan untuk promosi berharga rendah daripada Grab, mereka mengumumkan penstrukturan semula tambang yang menjadikan pengguna boleh menikmati harga yang lebih rendah untuk GrabCar (Economy).

GrabCar Harga Baru

Kini, GrabCar (Economy) menawarkan tambang asas RM1, dan tiada lagi caj minimum RM7 seperti sebelumnya. Ini sekaligus membolehkan pengguna menggunakan GrabCar untuk perjalanan jarak dekat tanpa perlu terbeban dengan kos yang tinggi. Ini juga mungkin membuatkan GrabCar menjadi salah satu mod pengangkutan yang diminati ramai sebagai ganti untuk memikirkan kos petrol dan parkir untuk perjalanan jarak dekat – terutamanya di Lembah Klang.

Perubahan harga ini diperkenalkan oleh pihak Grab bermula hari ini – 18 April 2016.


TIPS & ULASAN