Kerajaan Akan Menyediakan Komputer Riba Untuk Semua Pelajar SPM Di Sarawak

Kerajaan Akan Menyediakan Komputer Riba Untuk Semua Pelajar SPM Di Sarawak

Diterbitkan pada Apr 18, 2016 oleh .

Kerajaan akan mengimplementasikan sebuah inisiatif baru, dimana mereka akan menyediakan komputer riba untuk pelajar tingkatan lima yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sarawak.

Untuk permulaan, lebih kurang 33,000 pelajar daripada 188 sekolah akan menerima kelebihan daripada program ini, dan pelajar akan ditawarkan komputer riba dalam bentuk sewa atau pinjaman.

Sebaik sahaja selesai peperiksaan SPM, pelajar kemudiannya akan dikehendaki memulangkan kembali komputer riba berkenaan supaya dapat digunakan oleh pelajar tingkatan lima seterusnya.

Kerajaan menekankan yang mana ini merupakan salah satu usaha pihak kerajaan dalam mengurangkan jurang digital, disamping pada masa yang sama membolehkan pelajar mendapatkan pelbagai informasi dengan mudah menggunakan komputer riba dan internet.


TIPS & ULASAN