HP Dilaporkan Akan Menghasilkan Chromebook Menyokong Realiti-Maya

HP Dilaporkan Akan Menghasilkan Chromebook Menyokong Realiti-Maya

Diterbitkan pada Apr 18, 2016 oleh .

Chrome OS ialah sistem operasi komputer yang dibangunkan oleh Google sebagai alternatif kepada Windows, Mac OS dan Linux. Sistem operas ini bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan Google dan digunakan secara meluas oleh pelajar di Malaysia. Beberapa Chromebook mula dijual di Malaysia seperti Samsung Chromebook 3, Acer Chromebook 11 dan HP Chromebook 14. Ketiga-tiga komputer riba ini mempunyai satu persamaan iaitu tidak mempunyai spesifikasi yang tinggi kerana hanya menggunakan pemproses Intel Celeron.

Oculus RiftHP kini dilaporkan sedang menghasilkan sebuah Chromebook yang mampu menyokong realiti maya. Antara ura-ura yang didengari ialah Chromebook ini bakal dilengkapi dengan RAM sebesar 16 Gigabyte dan menyokong peranti realiti maya seperti Oculus Rift. Sistem operasi Chrome OS tidak tersenarai sebagai sistem operasi yang menyokong Rift. Chromebook yang akan dihasilkan ini mungkin akan menjadi peranti pertama yang tidak menggunakan Windows. Ini adalah agak mengejutkan kerana Apple sendiri tidak mempunyai perancangan menyokong peranti realiti maya. Pengeluar Rift sendiri mengatakan komputer buatan Apple sedia ada masih belum cukup berkuasa untuk menggunakan peranti mereka.


TIPS & ULASAN