Cari @ Amanz

Google telah pun memulakan ujian Android N Developer Preview untuk para pembangun, sekaligus membolehkan para pembangun menguji pelbagai perkara untuk aplikasi dan permainan mereka sebelum Android N dilancarkan secara rasminya.

Paling terkini, Google telah menawarkan kemaskini Android N Developer Preview 2, yang mana memperlihatkan beberapa perkara baru, termasuk sokongan untuk skrin sensitif tekanan, dan terkini adalah sokongan integrasi realiti-maya yang lebih menyeluruh.

Seperti ramai sedia maklum, sokongan realiti-maya merupakan salah satu perkara yang diperkatakan ramai dan menjadi fokus pelbagai pengeluar peranti pada tahun 2016 ini.

Google sendiri telah bereksperimen dengan arena realiti-maya sejak Google Cardboard, dan dengan menyatukan platform ke Android, ia akan memudahkan proses pembangunannya. Daripada apa yang dilihat, Android N Developer Preview 2 dilihat menyertakan tetapan khusus untuk realiti-maya yang memperlihatkan integrasi lebih mendalam untuknya.

Desas-desus berkenaan integrasi realiti-maya pada Android bukan sesuatu yang baru, dan telah diperkatakan sejak sebelum ini. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai integrasi ini ketika acara Google I/O kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd