Huawei sering melakukan ujian sistem operasi akan datang dikalangan segelintir pengguna terlebih dahulu ia diperkenalkan secara meluas. Terkini, Huawei telah pun memulakan pendaftaran minat bagi para pengguna Huawei G8 yang ingin mencuba Android 6.0 Marshmallow.
Untuk makluman, Huawei G8 yang dijual dipasaran menggunakan Android Lollipop, dan dengan menyertai ujian beta ini, pengguna akan menerima kemaskini Android 6.0, serta antaramuka EMUI 4.0 terlebih dahulu sebelum para pengguna yang lain.
Selain daripada prestasi dan masa penggunaan bateri yang baik, pihak Huawei turut menyertakan beberapa fungsi baru, termasuk kebolehan mengimbas kad nama untuk memasukkan dalam buku alamat, kebolehan memaparkan peratus bateri, dan kemaskini pada aplikasi galeri.
Pihak Huawei Malaysia seperti biasa memberikan amaran yang mana versi ini masih pada peringkat beta, dan tidak stabil sepenuhnya – bermakna mungkin terdapat masalah yang tidak dikenal-pasti yang boleh membuatkan peranti anda tidak beroperasi dengan biasa seperti versi stabil.
Jika anda berminat, anda boleh mendaftar minat untuk mencuba Android 6.0 Marshmallow pada Huawei G8 anda hari ini.
- Info
- Sertai : Android 6.0 Marshmallow untuk Huawei G8