Carian
Pra-Tempahan Untuk Konsol PlayStation 4 Edisi Uncharted 4 Dimulakan – Berharga RM1899
April 18, 2016 Aman

Sony telah memperlihatkan permainan Uncharted 4 : A Thief’s End sebelum ini, dan hari ini, Sony Malaysia telah pun memulakan pra-tempahan untuk konsol edisi khas bersempena dengan permainan ini.

Uncharted 4 20160329_133757

Konsol edisi khas Uncharted 4 : Thief’s End ini hadir dengan 500GB storan, dan turut disertakan dengan permainan Uncharted 4 : A Thief’s End. Disamping itu, pembelian konsol edisi khas ini juga turut hadir dengan langganan selama 12-bulan untuk PlayStation Plus.

Sony Malaysia memulakan pra-tempahan ini dari hari ini sehingga 10 Mei 2016 kelak. Penghantaran hanya akan dilakukan selepas 12 Mei sahaja.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan dengan melayari laman Sony Malaysia hari ini.

Komen