Masih Menggunakan Alamat Emel @Facebook.com? Ia Akan Berhenti Beroperasi Mulai 1 Mei 2016

Masih Menggunakan Alamat Emel @Facebook.com? Ia Akan Berhenti Beroperasi Mulai 1 Mei 2016

Diterbitkan pada Apr 18, 2016 oleh .

Pada tahun 2012 yang lepas, Facebook telah memperkenalkan sokongan emel mereka kepada semua pengguna laman sosial, yang mana beralamat dengan akhiran @facebook.com. Namun, ia tidak menerima sambutan yang tinggi, membuatkan Facebook menghentikan perkhidmatan emel mereka, dan mengubah alamat emel @facebook.com sebagai forwarder kepada alamat emel yang didaftarkan di Facebook.

Kini, bergerak ke hadapan, Facebook mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk alamat emel @facebook.com bermula 1 Mei 2016 kelak. Ini bermakna, semua forwarder dengan alamat akhiran @facebook.com akan berhenti beroperasi selepas tarikh berkenaan.

Facebook telah mula menghantar mesej kepada mereka yang aktifkan fungsi forwarder untuk alamat @facebook.com mereka.

Walaubagaimanapun, untuk membuangnya secara manual, anda hanya perlu ke laman Facebook, dan seterusnya ke halaman Settings > Email > Edit dan nyah-tanda “Use Your Facebook Email”.


TIPS & ULASAN