Cari @ Amanz

Moto G merupakan salah satu siri telefon pintar popular daripada Motorola. Moto G merupakan peranti siri bajet daripada Motorola, dan sebelum ini sebanyak tiga generasi dibawah keluarga Moto G telah diperkenalkan. Untuk tahun 2016 ini, Motorola yang kini dimiliki oleh Lenovo dijangka akan memperkenalkan Moto G4.

Seperti kebanyakkan telefon pintar lain, kini info awal mengenai Moto G4 turut tertiris, dikatakan akan hadir dalam dua variasi – termasuk Moto G4 Plus.

Moto G4 Plus

Salah satu perkara menarik pada generasi baru telefon pintar ini kelak adalah penyertaan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan, membolehkan pengguna menggunakannya untuk log masuk ke peranti dan beberapa ciri-ciri lain.

Kedua-dua peranti dijangka akan membawakan skrin bersaiz 5.5-inci. Info lanjut mengenainya masih menjadi tanda tanya, dan Motorola dijangka memperkenalkan ia sekitar bulan Mei 2016 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd