Apple Akan Mengadakan Acara WWDC Pada 13 Jun 2016

Apple Akan Mengadakan Acara WWDC Pada 13 Jun 2016

Diterbitkan pada Apr 19, 2016 oleh .

Acara WWDC daripada Apple merupakan salah satu acara yang dinantikan ramai pengemar produk Apple, dan juga para pembangun yang membangunkan aplikasi dan kandungan untuk platform tersebut. Untuk tahun 2016 ini, Apple akan mengadakan acara WWDC ini daripada 13 Jun 2016 hingga 17 Jun 2016 kelak.

Apple dijangka akan mengumumkan beberapa perkara baru termasuk kemaskini untuk sistem operasi tvOS, watchOS – dan apa yang dinantikan ramai adalah kemaskini untuk OS X yang mungkin dinamakan sebagai macOS, serta iOS 10.

Disamping pengumuman kemaskini untuk perisian, tidak mustahil untuk kita turut mendengar penawaran produk Macbook baru pada acara berkenaan.

Bagi anda yang meminati produk Apple, mungkin boleh tandakan tarikh 13 Jun (14 Jun 2016 untuk waktu Malaysia) untuk mengikuti acara berkenaan yang biasanya akan turut disiarkan secara atas-talian melalui web rasmi Apple.


TIPS & ULASAN