Di zaman pasca PC ini penjenayah semakin pintar menggunakan teknologi untuk mengelakkan diri dari ditahan oleh pihak berkuasa. Pihak berkuasa juga perlu berevolusi selari dengan kepintaran penjenayah yang mereka buku setiap hari. Polis Diraja Malaysia memperlihatkan Sistem Lokap Pintar mereka di pameran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2016 (DSA 2016). Lokap pintar ini dilengkapi sistem kamera yang mengesan pergerakan orang kena tahan sepanjang masa. Sekiranya ia mengesan tingkah laku yang mencurigakan, amaran akan diberikan kepada anggota yang bertugas.
Lokap pintar ini dibangunkan oleh PDRM dengan kerjasama MIMOS. Ia sudahpun digunakan di Balai Polis Jinjang sejak Februari lalu di bawah program rintis. Terdapat perancangan untuk mengembangkan penggunaannya di balai polis lain di masa hadapan. Dengan adanya sistem seperti ini pergerakan tahanan akan lebih mudah dipantau sekaligus mengelakkan mereka melarikan diri ataupun mencederakan diri sendiri.