Bateri Berkuasa Air Kencing Berjaya Dihasilkan

Bateri Berkuasa Air Kencing Berjaya Dihasilkan

Diterbitkan pada Apr 19, 2016 oleh .

Sumber bahan api fosil semakin berkurangan kerana digunakan dalam jumlah yang banyak. Harga minyak yang semakin murah ini menyebabkan lebih banyak emas hitam dipam keluar bagi memenuhi kehendak tenaga global. Ini tidak menghentikan usaha mencari sumber tenaga alternatif yang lebih lestari dan mesra alam. Terkini penyelidik di University of Bath berjaya menghasilkan bateri yang menggunakan air kencing manusia sebagai sumber tenaga.

Bateri berkuasa kencingAir kencing manusia dicampurkan dengan bakteria di dalam sel bateri ciptaan mereka. Tindak balas biologi yang berlaku berjaya menghasilkan arus elektrik. Sel bateri yang dicipta mereka juga dapat dihasilkan pada harga yang murah iaitu di antara £1- £2 sebuah. Bateri berkuasa kencing manusia ini adalah sumber tenaga yang baik untuk kawasan luar bandar yang sukar mendapatkan sumber tenaga konvensional.

Berita buruk di sini arus yang dihasilkan masih lagi kecil iaitu hanya 2 Watt untuk setiap 1 meter padu. Ini adalah mencukupi untuk membekalkan tenaga untuk sebuah telefon pintar. Lebih banyak kajian akan dilakukan untuk meningkatkan output bateri berkuasa kencing. Di Britain sudah wujud bas yang menggunakan gas yang terhasil dari najis manusia. Adalah menarik sekali melihat bahan buangan yang dahulunya dianggap tidak bernilai mungkin menjadi kunci kepada masalah penghasilan tenaga elektrik di masa hadapan.


TIPS & ULASAN