Cari @ Amanz

TuneTalk hari ini telah memperkenalkan pelan telekomunikasi khusus untuk mereka yang dari Indonesia dan bekerja di Malaysia, dinamakan sebagai pelan TuneTalk Bisa Pak. Melaluinya, TuneTalk menjanjikan kadar panggilan terendah jikalau dibandingkan dengan pelbagai syarikat telekomunikasi lain di Malaysia pada hari ini.

TuneTalk Bisa Pak

Pengguna pelan TuneTalk Bisa Pak ini akan menikmati kadar panggilan 6 sen untuk 30 saat ke Indonesia. Disamping itu, seperti biasa, pihak TuneTalk turut menyertakan sokongan ganjaran seperti pelan TuneTalk lain, termasuk data sebanyak 300MB, 20 minit panggilan percuma ke Indonesia dan 20 AirAsia Big Points dengan tambah-nilai RM10. Pihak TuneTalk turut menawarkan penerbangan percuma ke Indonesia bagi mereka yang membuat tambah-nilai RM100 selama 24 bulan berturut-turut.

Walaubagaimanapun, hendaklah diambil-perhatian yang mana kadar panggilan terendah ini tertakluk untuk panggilan dengan menggunakan kaedah panggilan khusus, iaitu dengan mendail bermula 1330062{no telefon}. Sekiranya tidak menggunakan bentuk mendail khusus ini, pengguna akan dikenakan caj sebanyak 16 sen.

TuneTalk Bisa Pak

Masih tiada sokongan untuk menggunakan kad SIM dan data di kedua-dua negara disertakan buat masa ini, dan ia lebih kepada mereka yang kerap membuat panggilan ke Indonesia dari Malaysia sahaja buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd