(Ura-Ura) PlayStation 4.5 Akan Dikenali Sebagai Neo Dengan CPU, GPU Dan RAM Dipertingkatkan

(Ura-Ura) PlayStation 4.5 Akan Dikenali Sebagai Neo Dengan CPU, GPU Dan RAM Dipertingkatkan

Diterbitkan pada Apr 19, 2016 oleh .

Ura-ura Sony PlayStation 4 yang diberikan peningkatan spesifikasi enggan hilang dan semakin hangat diperkatakan. PlayStation yang diberi gelaran 4.5 ataupun 4K ini dikatakan sudahpun dihasilkan dan mampu mengeluarkan output pada resolusi 4K. Kini muncul laporan baru yang mengatakan konsol ini diberikan gelaran PlayStation Neo oleh Sony. Peningkatan diberikan pada CPU, GPU dan RAM adalah seperti di bawah.

PlayStation VR

PlayStation 4 PlayStation Neo
  • CPU Jaguar 8 Teras pada kelajuan 1.6 GHz
  • GPU AMD Graphics Core Next , 18 Compute Units pada kelajuan 800 MHz
  • RAM 8 GB GDDR5, 176 GB/s
  • CPU Jaguar 8 Teras pada kelajuan 2.1 GHz
  • GPU AMD Graphics Core Next Dipertingkatkan , 36 Compute Units pada kelajuan 911 MHz
  • RAM 8 GB GDDR5, 218 GB/s

Kesemua permainan yang PlayStation 4 yang dihasilkan selepas Oktober 2016 dikatakan akan mempunyai mod NEO yang memberikan peningkatan grafik berbanding mod PlayStation 4 asal. Tiada permainan khas akan dihasilkan hanya untuk PlayStation Neo sebaliknya kedua-dua konsol ini menerima permainan yang sama. Seperkara lagi pembangun permainan PS4 Neo tidak diwajibkan untuk menghasilkan permainan pada resolusi 4K. Sebaliknya mereka hanya perlu memastikan grafik boleh dipertingkatkan (upscale) untuk dipaparkan pada televisyen 4K.

Sekiranya ura-ura adalah benar, mungkin kami akan menjual PlayStation 4 sedia ada untuk memiliki Neo. Kewujudan dua versi permainan untuk PlayStation 4 ini pastinya akan memeningkan pihak pembangun. Kepada pembaca Amanz adakah anda berminat untuk memiliki Neo ataupun PS4 sedia ada adalah sudah memadai?

 


TIPS & ULASAN