U Mobile agak terkenal dengan penawaran data untuk menggunakan beberapa aplikasi, seperti YouTube dan sebagainya. Terkini, hari ini mereka mengumumkan promosi baru, menawarkan data untuk menggunakan aplikasi Waze secara percuma.
Penawaran data percuma ini disediakan oleh U Mobile untuk para pelanggan yang mempunyai langganan pelan data bulanan untuk pascabayar, dan untuk semua pelan UMI prabayar, termasuk MB40 dan MB68.
Data percuma ini ditawarkan oleh U Mobile bermula daripada hari ini sehingga 31 Disember 2016 kelak.