BeMalas Menyertai Arena Percutian Dan Pelancongan Melalui JetLazee

BeMalas Menyertai Arena Percutian Dan Pelancongan Melalui JetLazee

Diterbitkan pada Apr 19, 2016 oleh .

BeMalas telah memulakan perkhidmatan mereka dengan menyediakan pekerja rencam, dan turut memperluaskan penawaran sebagai penyedia perkhidmatan e-dagang. Kini, mereka turut memperkenalkan fungsi baru dibawah laman mereka yang memfokuskan kepada percutian dan pelancongan.

Dinamakan sebagai JetLazee (menggunakan nama selari dengan BeLazee – BeMalas untuk pasaran luar Malaysia), ia membolehkan para pengguna untuk melihat apakah penawaran pakej percutian yang menarik boleh mereka dapatkan pada harga rendah.

BeMalas Travel

Pihak BeMalas mengatakan pakej mengenai percutian merupakan salah satu perkara yang sering dimohon oleh pengguna pekerja rencam BeMalas, dan ini membuatkan mereka untuk hadir dengan laman khusus untuknya bagi memudahkan pengguna membuat pilihan tanpa perlu melalui perkhidmatan pekerja rencam BeMalas.

BeMalas turut menekankan mereka ingin memudahkan pelanggan mereka mendapatkan apa sahaja yang mereka mahukan melalui platform BeMalas, dan pengenalan halaman khusus untuk percutian dan pelancongan ini adalah selari dengan visi mereka.

Layari : BeMalas Travel / JetLazee


TIPS & ULASAN