Cari @ Amanz

Tencent merupakan salah satu gergasi dari China yang terkenal dengan perkhidmatan permesejan WeChat. Selain daripada WeChat, mereka turut mempunyai penawaran beberapa produk lain, termasuk salah satunya adalah jam tangan untuk kanak-kanak, iaitu QQ Watch.

QQ Watch

Jam tangan pintar ini membolehkan para ibu bapa memantau dimana anak mereka, disamping turut menggunakannya untuk berhubung. Ia hadir dengan sokongan GPS untuk mengenal-pasti lokasi semasa, disamping penggunaan kamera terbina yang membolehkan rakaman gambar.

Beberapa nombor telefon boleh disimpan untuk membuat panggilan dengan pantas, disamping turut menyertakan integrasi WeChat.

QQ Watch

QQ Watch ini membawakan skrin bersaiz 1.12-inci OLED, dan dilengkapi dengan resolusi 128×128 pixel. Ia turut hadir dengan sokongan kalis air dan debu untuk membolehkan anak-anak terus memakainya ketika bermain.

Di Malaysia, jam tangan ini akan dilancarkan secara rasminya pada minggu hadapan. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai harga jualan dan dimanakah ia boleh didapati pada acara pelancarannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd