Acer Ingin Memperkenalkan Produk Baru Mereka Pada 21 April Ini

Acer Ingin Memperkenalkan Produk Baru Mereka Pada 21 April Ini

Diterbitkan pada Apr 19, 2016 oleh .

Acer merupakan salah satu pengeluar peranti yang masih bergiat dalam arena PC dan komputer riba, disamping turut mempunyai penawaran dalam dunia peranti mudah-alih. Terkini, mereka menjadualkan acara pada 21 April ini, iaitu hari Khamis ini untuk memperkenalkan beberapa produk baru.

Apakah yang diumumkan oleh Acer masih menjadi tanda tanya. Daripada video promosi yang diterbitkan, ia dilihat Acer akan memperkenalkan sejumlah produk baru dan kemaskini untuk produk-produk sedia ada mereka. Tidak mustahil untuk kita melihat pelbagai produk Windows 10 baru diperlihatkan bersama-sama telefon pintar baru.

Acer akan siarkan acara pengumuman ini secara langsung melalui web, dan bagi anda yang berminat, turut boleh mengikutinya melalui halaman rasmi [email protected] pada hari Khamis ini.


TIPS & ULASAN