Cari @ Amanz

Apakah peranti yang anda gunakan sekarang? Adakah ianya peranti utama ataupun peranti kelas pertengahan? Sejak 2015 kami mula melihat trend dimana peranti kelas pertengahan sudah lebih dari mencukupi untuk menjalankan tugasan harian. Kerana kuasa memproses peranti “kelas pertengahan” sedia ada sudah mampu mengatasi kemampuan peranti utama tahun lalu.

Contoh terbaik ialah Xiaomi Redmi Note 3, peranti kelas pertengahan yang lebih berkuasa berbanding sebuah LG G4. Kami merasakan 2016 ialah tahun peranti kelas pertengahan akan meletus kerana pengguna kini semakin bijak memilih di dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil.

Samsung-Galaxy-C7-spesifikasiSpesifikasi Samsung Galaxy C7 tertiris hari ini dan ia juga sebuah peranti kelas pertengahan dengan spesifikasi yang agak menarik. Ia menggunakan pemproses Snapdragon 625 dan dipadankan dengan RAM sebesar 4 Gigabyte. Dengan ura-ura Galaxy Note 6 akan dilengkapi RAM sebesar 6 Gigabyte, maka tidak mengejutkan RAM “hanya” sebesar 4 Gigabyte kini digunakan Galaxy C7. Spesifikasi lain yang diketahui ialah kamera utama 16 Megapixel dan kamera hadapan 8 Megapixel. Skrin pula dikatakan sebesar 5.5 inci.

Sekiranya harga jualan jatuh ke dalam kategori mampu milik, ia mungkin pesaing terhampir kepada Xiaomi Redmi Note 3. Samsung Galaxy C7 dijangkakan dilancarkan di China bulan hadapan. Sekiranya memasuki pasaran Malaysia adakah anda mahu memilikinya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd