Cari @ Amanz

Perkara menarik kami sedari hari ini ketika menggunakan Instagram. Aplikasi popular ini mula memberikan saranan gambar yang mungkin menarik minat pengguna berdasarkan topik tertentu. Seperti yang anda boleh lihat dari rakaman skrin di bawah, pelbagai topik seperti perkahwinan, kecantikan dan sukan boleh dipilih dan gambar yang jatuh di dalam kategori ini akan dikumpulkan bagi memudahkan pengguna melihatnya.

Instgaram-Topic-2Setahu kami fungsi ini masih belum diumumkan oleh Instagram dan mungkin adalah di dalam peringkat ujian. Sebelum ini kami menerima fungsi saluran video khas seminggu sebelum ianya diaktifkan hanya untuk pengguna iOS di Amerika Syarikat minggu lalu. Menerusi fungsi saranan ini Instagram mungkin mahu memudahkan anda mencari topik yang lebih selari dengan jiwa anda. Ia mengingatkan kami kepada fungsi yang seakan serupa pada aplikasi Pinterest. Adakah ini langkah awal Mark Zuckerberg untuk mencabar Pinterest pula?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd