Cari @ Amanz

Komputer riba MacBook dilancarkan tahun lalu dan menerima reaksi bercampur baur. Dari segi rekaan ianya sah antara komputer riba dengan rekaan paling menarik di pasaran dengan rekaan yang amat kompak. Penggemar MacBook pula mengeluh kerana ia hanya dilengkapi satu port USB-C dan tidak lagi menyokong sistem MagSafe.

Macbook Rose Gold

Apple hari ini mengemaskini spesfikasi MacBook mereka dengan beberapa penambahbaikan. Pertama sekali pemproses Intel Core M dipertingkatkan ke 1.3 GHz generasi ke-6 berbanding 1.1 GHz sebelum ini. Modul memori lebih pantas 1866 MHz menggantikan modul 1600 MHz. Selain daripada perubahan dalaman, kini pengguna diberikan pilihan warna ke empat iaitu merah jambu emas yang sinonim dengan iPhone 6S. Apple juga mengatakan ia menawarkan masa penggunaan bateri yang lebih baik – iaitu sehingga 10 jam untuk melayari web.

Harga jualan juga lebih murah dengan model 1.2 GHz dan muatan dalaman 256 Gigabyte dijual pada harga RM 5499 berbanding RM 5899 sebelum ini. Model dengan muatan dalaman 512 Gigabyte pula dijual pada harga RM 6699 berbanding RM 7199 sebuah.

Macbook Rose Gold

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd