Aplikasi Samsung Safety Screen Mengajar Kanak-Kanak Jarak Terbaik Menggunakan Peranti

Aplikasi Samsung Safety Screen Mengajar Kanak-Kanak Jarak Terbaik Menggunakan Peranti

Diterbitkan pada Apr 20, 2016 oleh .

Sama ada anda suka ataupun tidak, kanak-kanak sekarang terdedah dengan penggunaan peranti pintar lebih awal dari diri anda. Sebagai seorang bapa saya sendiri telah mendedahkan puteri tunggal saya dengan tablet sejak berusia setahun. Dalam masa hanya beberapa bulan sahaja dia mampu menggunakan iPad yang diberikan tanpa sebarang bantuan. Masalah utama yang kami sedari ialah penggunaan tablet terlalu lama dan jarak penggunaan yang terlalu dekat. Ini mungkin akan merosakkan penglihatan si kecil jika tidak dikawal.

Samsung Safety Screen 2Samsung menghasilkan aplikasi Safety Screen yang cuba menyelesaikan masalah ini. Dengan menggunakan kamera hadapan, aplikasi ini akan mengesan jarak peranti dari muka pengguna. Apabila ia mengesan muka terlalu hampir dengan skrin, amaran akan muncul dan mengesyorkan pengguna duduk lebih dari skrin. Selagi jarak minimum tidak dicapai, pandangan skrin akan terhalang dengan kotak amaran. Sungguhpun aplikasi ini dihasilkan oleh Samsung ia boleh dimuat turun dan digunakan oleh majoriti peranti Android. Malang sekali versi iOS masih belum wujud.

Muat turun aplikasi Samsung Safety Screen [/donwload]


TIPS & ULASAN