Perak menjadi negeri pertama di Malaysia yang memperkenalkan kebolehan memohon pendaftaran cerai terus melalui web khusus yang dinamakan sebagai MySolve. Melaluinya, pasangan yang ingin mendaftarkan perceraian, tidak lagi perlu ke Mahkamah Syariah berulang kali, sebaliknya boleh membuat permohonan dan hadir selepas ia dilakukan.
Seperti biasa, pengenalan perkhidmatan ini bukan untuk mengalakkan kadar perceraian, sebaliknya adalah untuk memudahkan cara untuk menyelesaikan masalah rumah-tangga yang berbangkit.
Melalui penggunaan MySolve, permohonan cerai boleh diselesaikan dalam tempoh lebih kurang seminggu, berbanding menggunakan kaedah lama yang mengambil masa sehingga dua bulan.
Penggunaan perkhidmatan MySolve ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM50, dan dijangka akan mengurangkan kesesakkan di kaunter mahkamah, selain memudahkan lagi penjadualan kes di mahkamah.
- Layari : MySolve