Cari @ Amanz

Trailer terkini permainan Mafia III diperlihatkan hari ini dan ia menunjukkan plot jalan cerita dengan lebih mendalam buat pertama kalinya. Watak Lincoln Clay cuba membalas dendam terhadap organisasi Mafia yang cuba membunuhnya. Rekaan watak beliau juga mengalami perubahan besar berbanding trailer sebelum ini dengan parut pada bahagian kepala selepas pulih dari percubaan membunuh.

Aksi melee dengan menggunakan senjata juga boleh dilihat dan ini ialah fungsi baru yang tidak wujud pada permainan Mafia sebelum ini. Grafik nampak menarik dengan beberapa babak memandu kenderaan. Diharap Mafia III akan menjadi lebih baik daripada II dan sekurang-kurangnya setanding dengan Mafia I yang pada hemat kami masih lagi antara permainan berlatar belakangkan kongsi gelap terbaik pernah dihasilkan. Mafia III akan mula dijual 7 Oktober hadapan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd