Spesifikasi PC Untuk Mirror’s Edge Catalyst Diumumkan
Artikel Berkaitan

Spesifikasi PC Untuk Mirror’s Edge Catalyst Diumumkan

Diterbitkan pada Apr 20, 2016 oleh .

Mirror's Edge Catalyst 1Kesinambungan kepada permainan parkour dari pandangan pertama Mirror’s Edge dari tahun 2008 akhirnya tiba 24 Mei hadapan. Mirror’s Edge Catalyst ialah permainan prekuel kepada permainan asal dan menunjukkan asal usul protagonis menentang kejahatan. Spesifikasi minimum dan yang disarankan untuk PC kini diketahui. Agak mengejutkan permainan ini meletakkan 16 Gigabyte sebagai RAM yang disarankan. Tetapi sekiranya anda mahukan kualiti terbaik dan paling lancar, PC dengan spesifikasi adalah amat diperlukan.

Spesifikasi Mirror’s Edge Catalyst
Pemproses Paling Minimum Intel i3-3250 / AMD FX-6350
Pemproses Disarankan Intel Core i7-3770 @ 3.4 GHz / AMD FX-8350 @ 4.0 GHz
Kad Grafik Paling Minimum NVIDIA GeForce® GTX 650 Ti 2GB

AMD Radeon™ R9 270x

Kad Grafik Disarankan NVIDIA GeForce® GTX 970 4GB

AMD Radeon™ R9 280x 3GB

RAM Paling Minimum 6 GB
RAM Disarankan 16 GB
Ruang Pemasangan 25 Gigabyte
Sistem Operasi Windows 7 (64-bit) dan ke atas

 


TIPS & ULASAN