(Ura-Ura-) Sony Xperia X Premium Menggunakan Skrin HDR

(Ura-Ura-) Sony Xperia X Premium Menggunakan Skrin HDR

Diterbitkan pada Apr 20, 2016 oleh .

HDR ialah format video terkini yang muncul selepas UHD. Dengan HDR, gambar yang lebih hidup dengan jumlah warna yang lebih tinggi dapat dihasilkan. Netflix dan Amazon Prime ialah dua perkhidmatan penstriman yang menyokong format baru ini. Ultra HD Bluray yang baru sahaja memasuki pasaran juga mula menyokong kandungan 4K HDR. Dengan kata lain ini ialah format baru yang memberikan kualiti gambar lebih hidup berbanding 4K yang mampu dirakam oleh kamera pintar sekarang.

Sony-Xperia-XA-1Sony melancarkan peranti Xperia X Performance di MWC2016 Februari lalu. Ia masih belum dilancarkan dan mungkin akan dilancarkan sebagai Sony Xperia X Premium. Ura-ura mengatakan peranti pengganti Xperia Z5 ini akan dilengkapi panel skrin HDR. Ini akan menjadikannya peranti pertama dengan skrin yang mampu memaparkan 1.06 Billion warna. Skrin LCD biasa yang digunakan kebanyakan peranti sekarang hanya mampu memaparkan 16 Juta warna. Seperti biasa teknologi seperti ini hanya akan berbaloi dimiliki sekiranya tidak mengakibatkan bateri peranti habis dengan pantas.


TIPS & ULASAN