McSamsung – Tablet Samsung Akan Dipasang Pada Restoran McDonald’s Di United Kingdom

McSamsung – Tablet Samsung Akan Dipasang Pada Restoran McDonald’s Di United Kingdom

Diterbitkan pada Apr 20, 2016 oleh .

Pergi ke restoran makanan segera sekarang dan lihat sekeliling anda. Apakah yang anda dapat lihat? Sekiranya anda menjawab “manusia menggunakan peranti pintar sambil makan sehingga lupa dunia”, jawapan anda adalah tepat sekali. Kegilaan kita menggunakan peranti menyebabkan kita gagal meninggalkannya ketika makan apatah lagi ketika di tandas. Menyedari tabiat pelanggan di dalam dunia pasca PC yang aneh ini, McDonald’s di seluruh United Kingdom akan dilengkapi tablet keluaran Samsung.

mcdonalds-Samsung-2Menurut McDonald’s UK ini ialah inisiatif mereka untuk menarik minat pelanggan dengan menawarkan peranti yang tidak wujud pada restoran pesaing mereka. Mereka menggalakkan pengguna untuk bermain dengan tablet yang terpasang ketika sedang makan. Strategi pemasaran di UK ini berbeza dengan apa yang dilakukan McD di Malaysia yang menawarkan WiFi percuma dan siaran ASTRO pada kebanyakan restoran mereka. Model perniagaan ini diambil dari kedai-kedai mamak yang terlebih dahulu menyedari gabungan hiburan dan internet percuma ialah kombinasi hebat untuk menarik lebih banyak pelanggan.


TIPS & ULASAN