Cari @ Amanz

Siapakah yang mencipta sistem pembantu maya Siri? Jika jawapan anda ialah Apple anda salah dan tidak layak memasuki rancangan realiti TV seperti Clevergirl. Apple hari ini dilaporkan membayar $24.9 Juta (~RM 96.33 Juta ) kepada Rensselaer Polytechnic Institute (RPI) yang memegang paten asal Siri.  Kes ini sudah berlarutan sejak 2012 kerana lesen menggunakan paten Siri tidak pernah diberikan kepada Apple. Sebaliknya RPI hanya memberikan penggunaan teknologi secara eksklusif kepada Dynamic Advances, sebuah syarikat yang berpangkalan di Dallas Amerika Syarikat.

SiriPihak Apple bersetuju membayar $5 Juta terlebih dahulu kepada Dynamic Advances dengan syarat kes sama ditarik terlebih dahulu. Baki bayaran $19.9 Juta kemudian akan dibahagikan sama rata di antara Dyanamic Advances dan RPI. Apple kemudian diberikan hak menggunakan paten Siri selama tiga tahun. RPI memegang paten untuk “Natural language interface using constrained intermediate dictionary of results”  yang menjadi asas kepada sistem Siri. Apakah yang akan terjadi tiga tahun daripada sekarang tidak pula diketahui? Kembali kepada soalan di awal artikel ini. Siapakah yang mencipta Siri? Jawapannya ialah Cheng Hsu dan Veera Boonjing. Simpan trivia ini untuk kegunaan di masa hadapan

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd