Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan sejumlah gambar Moto G generasi ke-4 mula tertiris di arena web, dan terkini, @evleaks yang sedia terkenal dengan perkongsian gambar sebelum peranti dilancarkan turut telah berkongsi sebuah gambar baru.

Gambar yang dikongsikan ini memperlihatkan gambar lakaran akhir untuk Moto G4 yang dijangka dilancarkan sekitar bulan Mei kelak.

Moto G4

Seperti dikatakan sebelum ini, ia membawakan butang pada bahagian hadapan yang turut akan berfungsi sebagai pengimbas cap jari, dan rekaan bahagian belakang yang selari dengan elemen rekaan sebelum ini.

Ketirisan yang banyak akhir-akhir ini memperlihatkan ramai yang sedang menantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Motorola melalui peranti bajet mereka = apatah lagi kini mereka beroperasi dibawah Lenovo.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd