Posh Mobile Micro X S240 – Peranti Pintar Terkecil Di Pasaran
Artikel Berkaitan

Posh Mobile Micro X S240 – Peranti Pintar Terkecil Di Pasaran

Diterbitkan pada Apr 20, 2016 oleh .

Apple iPhone SE dilancarkan bulan lalu bagi memenuhi kehendak pengguna yang mahukan peranti dengan saiz skrin yang kecil. Saiz peranti yang kecil ini memudahkan penggunaan sebelah tangan kerana kesemua permukaan skrin dapat diakses tanpa perlu melakukan akrobatik jari. Jumlah pengguna yang mahukan peranti kecil ini adalah agak kecil iaitu sekitar 20% namun Apple akur dengan kehendak mereka dan iPhone SE dihasilkan dengan mengitar semula iPhone 5S.

Posh-Mobile-Micro-X-S240-2Kepada yang merasakan iPhone SE masih terlalu besar dan memerlukan peranti yang lebih kompak seperti Nokia 3310, Posh Mobile Micro X S240 ialah peranti untuk anda. Peranti Android Kit Kat ini dilengkapi skrin sebesar 2.4″ IPS LCD dengan resolusi 240 x 432 pixel. Ia diperkasakan pemproses 1 GHz dua teras MediaTek MT 6572M, RAM  sebesar 512 MB  dan muatan dalaman 4GB (sokongan MikroSD sehingga 32  GB). Kamera belakang ialah sebesar 2 Megapixel dan kamera hadapan pula hanyalah VGA. Saiz bateri yang disertakan pula ialah 650 mAh. Terdapat empat pilihan warna iaitu putih, hitam, biru dan merah jambu. Spesifikasi yang rendah ini adalah selari dengan harga jualannya yang rendah iaitu $49.99 (~RM 193) sebuah.


TIPS & ULASAN