Samsung Memperkenalkan Galaxy S7 Dan Galaxy S7 Edge Dalam Pilihan Warna Merah Jambu Emas

Samsung Memperkenalkan Galaxy S7 Dan Galaxy S7 Edge Dalam Pilihan Warna Merah Jambu Emas

Diterbitkan pada Apr 20, 2016 oleh .

Samsung hari ini telah menambah penawaran variasi warna untuk telefon pintar terbaru mereka, iaitu Galaxy S7 dan juga Galaxy S7 Edge. Kini, ia hadir dalam pilihan warna merah jambu emas, dan telah mula ditawarkan di Korea Selatan.

Galaxy S7 Edge Pink Gold

Selain daripada warnanya, pihak Samsung masih mengekalkan pelbagai perkara lain sama seperti versi asal – termasuk sokongan kalis air, kebolehan menambah storan dengan mikro-SD, dan juga sokongan rakaman kamera yang pantas dan cantik melalui kamera belakang 12-megapixel.

Samsung mengatakan Galaxy S7 Edge ini akan ditawarkan dalam pilihan warna merah jambu emas di beberapa buah negara, dan tidak mustahil untuk kita melihatnya turut ditawarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN