Carian
Lima Aplikasi Suntingan Gambar Yang Harus Anda Cuba
April 20, 2016 Aman

Pada tahun ini, terdapat banyak peranti telefon pintar yang mengetengahkan fungsi rakaman gambar yang cantik, dan lebih mengutamakan fungsi selfie. Boleh dikatakan kebanyakan telefon yang memfokuskan selfie turut hadir dengan kesan-kesan khas semasa menggunakan fungsi kamera. Bagi anda yang memerlukan suntingan lebih dari itu, berikut merupakan lima aplikasi suntingan yang harus anda cuba.

MeituPic

unnamed-3Aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi yang agak padat dan mempunyai pelbagai fungsi. Salah satu ciri utamanya ialah ia emberikan banyak pilihan filter, didalam sesuatu kategori. Seperti contoh dalam kategori Lomo, terdapat tetapan filter yang berbeza, membolehkan pengguna memilih efek yang disukai dalam kategori tersebut. Efek tersebut juga boleh diselaraskan mengikut kesesuaian pengguna. Juga terdapat fungsi Retouch membolehkan pengguna melakukan penyuntingan yang komprehensif.

Snapseed

Snapseed_IconJika anda lebih suka penyuntingan yang mudah dilakukan, aplikasi Snapseed mempunyai paparan antaramuka yang mudah difahami. Bagi menggunakannya, pengguna hanya perlu memilih titik fokus pada efek tersebut dan mengubah keluasan atau kekuatannya dengan hanya menyeret jari anda pada gambar tersebut. Terdapat juga pelbagai penyuntingan yang boleh dilakukan menerusi aplikasi ini dan kekutannya terdapat pada paparan antaramukanya yang mudah dikendalikan.

Phonto

phontoJika anda kerap meletakkan teks pada gambar yang dirakam, aplikasi Phonto lebih sesuai untuk tujuan sebegini. Menggunakan aplikasi ini, ia agak mudah untuk memasukkan teks dan memanipulasi warna teks yang diinginkan. Pengguna juga boleh memilih jenis tulisan yang ingin diletakkan, namun ini juga mungkin bergantung kepada jenis tulisan yang dimiliki pada peranti anda.  Aplikasi ini juga membolehkan gambar berlainan dimasukkan pada gambar yang dimanipulasi, dan boleh diubah saiznya.

PhotoGrid

photo grid

Aplikasi yang memudahkan anda untuk membuat kolaj gambar anda. Anda hanya perlu memilih berapa banyak gambar anda yang akan diletakkan pada satu gambar, kemudian letakkan gambar tersebut. Pengguna juga boleh mengubah ketebalan bingkai gambar pada kolaj tersebut, atau menukar saiz gambar pada setiap ruang kolaj. Pengguna juga boleh memilih rekaan kerangka dan juga stail kerangka tersebut.

Tadaa SLR

tadaa slrKeupayaan kamera telefon pintar sememangnya masih sukar untuk menandingi kamera professional SLR. Salah satu kesan khas adalah kesan kabur pada latar belakang. Pada kamera SLR, kesan ini dilakukan dengan mengubah nilai aperture dan melakukan pemfokusan secara manual. Fungsi sebegini masih sukar dicapai pada kamera telefon pintar. Aplikasi Tadaa SLR membolehkan pengguna meletakkan kesan kabur pada latar belakang dimana pengguna hanya perlu melukis kawasan yang ingin dikaburkan. Namun begitu aplikasi ini hanya terdapat untuk peranti iOS.


Selain dari lima aplikasi yang tersenarai diatas, ini hanyalah sedikit sahaja berbanding lambakan aplikasi penyuntingan yang terdapat pada peranti. Apakah aplikasi penyuntingan gambar pilihan anda? Kongsikannya dengan kami.

Komen